Sek Men Keb Saujana Utama: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 <body>

Sek Men Keb Saujana Utama

Persiaran Saujana 3, Saujana Utama, 47000, Sungai Buloh, Selangor.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

KERAJAAN menjadikan PIPP sebagai garis panduan supaya semua dasar program dan aktiviti dapat dilaksana dengan cemerlang.

MODAL insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan.
Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke-21.

Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara.

Justeru Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melaksana dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia.

PIPP akan menjadi garis panduan yang jelas kepada semua pihak supaya segala dasar, program dan aktiviti pendidikan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

PIPP juga akan memperkemaskan pelaksanaan serta memantapkan lagi proses pembinaan modal insan secara menyeluruh dan berterusan supaya output yang dihasilkan berupaya memenuhi kehendak tempatan dan antarabangsa.

Seorang kanak-kanak yang memasuki Tahun Satu pada 2005 akan melalui sistem pendidikan kebangsaan selama 11 tahun, setahun di matrikulasi, empat tahun di institusi pengajian tinggi, dan akhirnya akan keluar ke alam pekerjaan pada tahun 2020.

Kelompok itulah yang akan menjadi tenaga kerja, warga negara dan pemimpin pelapis pada masa itu. PIPP akan memastikan negara berjaya menghasilkan modal insan ini mengikut acuan yang terbaik.

Semua itu digariskan dalam PIPP melalui enam teras strategik iaitu Membina Negara Bangsa, Membangunkan Modal Insan, Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, Merapatkan Jurang Pendidikan, Memartabatkan Profesion Perguruan, dan Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.
Dipetik dari: www.utusan.com.my

Labels:

« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

» Post a Comment


Firefox NEW Firefox 2.0 released!