Sek Men Keb Saujana Utama: Mesyuarat Agung PIBG 2007 <body>

Sek Men Keb Saujana Utama

Persiaran Saujana 3, Saujana Utama, 47000, Sungai Buloh, Selangor.

Mesyuarat Agung PIBG 2007

Sekitar AGM PIBG ke 3 (166 Gambar)



KLIK DI SINI JIKA INGIN COPY PHOTO ANDA


Alhamdulillah, pihak SMK Saujana Utama telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) kali 3, pada 24 Mac 2007 bersamaan 5 Rabiulawal 1428 bertempat di Dewan Bestari SMK Saujana Utama, Sungai Buloh.

Majlis ini dimulakan pada 8.30 pagi dengan pendaftaran para ibu bapa penjaga dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Mohd Daud bin Haji Tarihep. Mesyuarat ini yang merekodkan kehadiran lebih 100 para ibu bapa penjaga turut diserikan lagi dengan acara perbarisan unit beruniform dan juga persembahan multimedia.

Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada barisan kepimpinan yang baru dilantik untuk sesi 2007/2008 yang diterajui oleh En Ahmad Yossry bin Arshad. Semoga saf kepimpinan beliau dapat membawa sekolah ke era yang lebih cemerlang.

Labels: ,

« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

» Post a Comment


Firefox NEW Firefox 2.0 released!