Sek Men Keb Saujana Utama: March 2007 <body>

Sek Men Keb Saujana Utama

Persiaran Saujana 3, Saujana Utama, 47000, Sungai Buloh, Selangor.

Mesyuarat Agung PIBG 2007

Thursday, March 29, 2007
Sekitar AGM PIBG ke 3 (166 Gambar)



KLIK DI SINI JIKA INGIN COPY PHOTO ANDA


Alhamdulillah, pihak SMK Saujana Utama telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) kali 3, pada 24 Mac 2007 bersamaan 5 Rabiulawal 1428 bertempat di Dewan Bestari SMK Saujana Utama, Sungai Buloh.

Majlis ini dimulakan pada 8.30 pagi dengan pendaftaran para ibu bapa penjaga dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Mohd Daud bin Haji Tarihep. Mesyuarat ini yang merekodkan kehadiran lebih 100 para ibu bapa penjaga turut diserikan lagi dengan acara perbarisan unit beruniform dan juga persembahan multimedia.

Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada barisan kepimpinan yang baru dilantik untuk sesi 2007/2008 yang diterajui oleh En Ahmad Yossry bin Arshad. Semoga saf kepimpinan beliau dapat membawa sekolah ke era yang lebih cemerlang.

Labels: ,

Majlis Tadarus al-Quran 2007

Monday, March 26, 2007




Tahniah kepada beberapa orang pelajar SMKSU yang melayakkan diri ke peringkat daerah. Pelajar berikut ialah:


1. Nor Aiman bin Nor Izmin - Johan Tilawah al-Quran Lelaki
2. Kumpulan Nasyid Zamin - Johan Nasyid
3. Mu'min bin Zulkifli - Naib Johan Tahfiz Lelaki
4. Syed Ozal bin Syed Idin - Naib Johan Syarahan Agama BI


Selamat meneruskan cabaran ke peringkat daerah pada 29 Mac 2007 dan terus mengharumkan nama SMKSU.
TAHNIAH!!

Labels:

Status Blog SMKSU

Tuesday, March 20, 2007
Assalamulaikum wrt wbt dan Salam Sejahtera

Pengunjung Blog SMKSU yang dikasihi,

Untuk pengetahuan semua, blog merupakan inisiatif saya dan isteri, Pn Norhassfaiza Rahim (salah seorang tenaga pengajar di SMKSU). Ini kerana beratus-ratus (mungkin hampir seribu) gambar aktiviti sekolah tersimpan di dalam PC, dan dalam masa yg sama para pelajar dan guru asyik bertanykan gambar yg diambil. Justeru, blog ini diwujudkan sekadar untuk berkongsi berita dan gambar.

Namun, baru-baru saya telah menerima tawaran daripada pihak Webmaster Komuniti Saujana Utama (www.saujanautama.com) utk mengadakan domain secara percuma kpd pihak sekolah dengan alamat www.smk.saujanautama.com. Saya masih belum memberi keputusan memandangkan ianya di luar autoriti saya.

Justeru, saya mencadangkan pihak sekolah menerima tawaran tersebut melalui Unit IT dan melantik sekumpulan pelajar untuk menguruskan laman web tersebut dengan seliaan seorang guru. Jika rancangan ini berjaya, saya akan menutup blog ini dan secara rasminya pihak sekolah mempunyai laman web rasmi.

Diharapkan kpd pihak berkenaan dapat menghubungi saya dengan segera.

Sekian, terima kasih.




Salinan tawaran Webmaster SU.com disertakan:

Dear Friend,

We have just noticed your newly setup http://smksaujanautama.blogspot.com. I'm writing to invite you to join us at Saujanautama.com. We do provide FREE hosting to non-profit entities. If you're interested, I can setup a dedicated web site at the URL http://SMKSU.saujanautama.com with 500mb of space, free of charge.
We don't however offer any content updating or content administering or to put in a simpler term, we don't intent to take over the webmaster's responsibilities. All content administering should be done on your side. There are two rules to abide to, should you agree to host with us. The rules are :-

1) There can be no forum on your http://SMKSU.saujanautama.com.
We provide an interactive forum with more than 500 users on http://www.saujanautama.com
and upon request we can setup a sub-forum for the use of SMKSU patrons over at the main SU.com site.

2) You cannot offer or accept any kind of advertisement.

FYI, we have provided free of charge web space content to
KIDAS - http://kidas.saujanautama.com
Surau Alhidayah - http://alhidayah.saujanautama.com

Maybe you try out the above sites to have a feel of what it is like to be part of saujanautama.com family.
Looking forward to hearing from you.
Best regards,
Webmaster SU.com

Labels:



Firefox NEW Firefox 2.0 released!